Pengunjung Bazar Ramadhan ikut Hawa Nafsu.. – “fatwa” Ostazah Abby

Bulan Ramadhan ni memang tak lengkap rasanya  kalau tak ada bazaar Ramadhan.. Memang dah jadi satu kewajiban di hari yang mulia ini untuk berkunjung ke bazaar..

Boleh dikatakan aktiviti berkunjung ke bazaar ni dilakukan setiap hari bagi sesetengah individu yang sibuk bekerja atau orang yang malas masak.. Beli juadah yang telah siap lebih senang katanya..

Ada kebaikan dan keburukan bazaar Ramadhan ni yang kita tak tahu.. Macam pendapat yang disuarakan Abby Abadi tentang bazaar Ramadhan ni.. Bagi Abby pengunjung yang pergi bazaar ni terlalu mengikut nafsu membeli..

Disebabkan terlalu ikut nafsu nak makan lepas seharian berpuasa, penjual akan mengambil kesempatan ke atas pengunjung dan perkara ini akan meruntuhkan ibadat seseorang.. Hmm.. betul ke sampai macam tu sekali?

Menerusi laman Instagram milik Abby, dia telah memuatnaik post macam kurang senang dengan ‘kemeriahan’ bazaar ramahdan..

Apa korang rasa dengan pendapat yang disuarakan Abby ni? Mungkin ada yang betul, tapi bagi Miss A tak salah kalau kita nak ‘memeriahkan’ bazaar Ramadhan.. Cuma kita perlu beringat semasa membeli juadah.. jangan tarlampau mengikut nafsu makan.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small