Pemuda MIC Johor berani dengan Nazri.., tapi penakut dengan Mahathir.

Apa motif Pemuda MIC Johor yang mendesak kepimpinan Barisan Nasional memecat Menteri Perlancongan dan Kebudayaan DS Mohamed Nazri Aziz? Mengapa Pemuda MIC sibuk sangat dengan isu tersebut sedangkan mereka langsung tak bersuara apabila Presiden BN diserang bertali arus oleh pembangkang dan juga Tun Mahathir?

Nazri Aziz “menasihati” Tunku Muda Johor kerana tindakan anak Raja tersebut yang mengkritik Perdana Menteri didalam hal yang tak sepatutnya kerabat Diraja campur tangan. Adakah MIC kini lebih suka pihak-pihak luar mengkritik Presiden BN berbanding mempertahankan insitusi politik itu sendiri?

Jika benarlah Pemuda MIC Johor tak suka perbuatan biadap dan menggertak pihak Istana Melayu dilakukan oleh individu dalam negara, mengapa pula mereka “hilang telur” ketika DAP dan juga Pakatan menghina Raja serta institusi Istana sebelum ini?

Nampak jelas disini bahawa Pemuda MIC Johor hanya berani dengan pemimpin BN sahaja tetapi hilang suara apabila berhadapan dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Patutlah Pemuda MIC Johor kini semakin hilang sokongan pengundi India disebabkan kebaculan mereka didalam berpolitik.

Kini Pemuda MIC Johor dengan lantangnya menuduh DS Nazri Aziz sebagai biadap dan juga seperti samseng mengkritik Tunku Muda Johor.., kita lihat pula samaada Pemuda MIC Johor berani atau tidak mengeluarkan kenyataan yang sama kepada Mahathir.

Baru-baru ini Mahathir menuduh Almarhum Sultan Johor yang mendesak beliau memecat Ketua Hakim Negara. Tetapi kenyataan Mahathir dinafikan oleh adik Almarhum iaitu Tunku Majid yang menyifatkan Mahathir sebagai penipu dan memalukan Istana Johor. – Chewan/Utaranews.com

ep2p-2