PAS mampu tawan Putrajaya pada PRU14?? Biar betul Ibrahim Ali nii…

Presiden NGO Pendesak Melayu (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali menyifatkan tindakan DAP memutuskan hubungan dengan Pas bakal memberi keuntungan besar kepada parti Islam itu pada Pilihan Raya Umum(PRU) akan datang.

Ibrahim berkata, Pas tidak akan mengalami kerugian apabila putus hubungan dengan DAP, malah memberi keuntungan besar kepada parti Islam itu untuk menarik lebih banyak sokongan undi orang Melayu.

“Tinjaun kita dalam perspektif politik orang Melayu, apabila Pas berpisah dengan DAP, ia bukan tindakan yang merugikan Pas. Sebaliknya Pas akan untung besar sekiranya Umno tidak ambil tindakan segera yang proaktif,” kata Ibrahim.

Menurut beliau, Pas mampu menarik sokongan orang Melayu yang selama ini tiada pilihan lain untuk menyokong parti yang berteraskan kaum Melayu seperti Umno.

Oleh itu, tidak mustahil Pas mampu menawan Putrajaya dengan sendirinya tanpa pertolongan dari DAP dan PKR.

“Ini kerana di kawasan majoriti orang Melayu, mereka pengundi bagi sokongan pada Umno kerana tidak ada pilihan selain Umno walaupun tidak puas hati dengan Umno,” katanya.

Beliau turut memberi keyakinan kepada Pas untuk bergerak secara sendirian dengan mengatakan sejumlah besar ahlinya yang menyokong Umno akan beralih angin menyokong parti Islam itu jika bergerak solo.

“65 peratus ahli PERKASA adalah Umno. Sebahagian daripada mereka tidak puas hati dengan Umno sejak 2008, sebanyak 90 peratus undi PERKASA kepada pembangkang,” katanya lagi.

Selain itu, beliau menyarankan Pas agar tidak bergabung dengan Umno jika tidak mahu dikecewakan kelak.

“Pas tidak akan bergabung dengan Umno. Saya tidak fikir Pas dan Umno bergabung walapun idealismenya bagus tapi dari segi politik tidak bagus. Pas tunjuk proaktif pada Umno kerana hendak buat hudud Umno pun tersepit dengan politik semasa dan perkara ini tidak akan selesai,” katanya.-Utaranewscom-

ep2p-5small