Panduan Kemaskini Asus ZenFone Kepada Android Lollipop

Setelah sekian lama menanti akhirnya Asus telahpun memberikan kemaskini Android Lollipop untuk keluarga Zenfone secara rasmi. Kemaskini sistem operasi ini membolehkan telefon pintar Zenfone 4, Zenfone 5 dan Zenfone 6 beroperasi menggunakan Android Lollipop yang terkini.

Kemaskini Android Lollipop ini mempunyai saiz sekitar 800 MB namun bergantung kepada model yang digunakan dan sehingga kini percubaan untuk mengemaskininya secara automatik (Over-the-Air) tidak berjaya dan pengguna perlu memuat turun firmware yang berkaitan dengan unit Zenfone tersebut di halaman rasmi mereka. Model yang saya kemaskini adalah ZenFone 5 (ASUS_T00J) dengan firmware asal Berikut merupakan 5 tips bagi mengemaskini peranti Zenfone anda.

Berbanding kemaskini secara automatik (Over-the-air) yang hanya memerlukan pengguna menekan butang ‘Update’, kemaskini secara mencari serta muat-turun perisian dan memindahkannya ke telefon mempunyai risikonya yang tersendiri. Anda dinasihatkan supaya membaca manual sepenuhnya dan mematuhi caranya

Tips 1: Paling penting, BACA ARAHAN MANUAL dari Asus dan lakukan backup.

Jika anda tidak mempunyai hati yang kering atau tidak berasa yakin dengan apa yang dilakukan, anda boleh meminta pertolongan pada mereka yang arif. Itu adalah lebih baik dari cuba melakukannya bersendirian. Namun tiada perkara yang lebih mengujakan dari mengalaminya dengan sendiri. Yang penting, baca setiap arahan dan juga pastikan perkara-perkara penting seperti nombor siri, nombor perisian semua adalah sama dan tepat.

Anda juga dinasihatkan untuk melakukan backup setiap kali melakukan kemaskini bagi mencegah kehilangan data secara tidak sengaja.

Tips 2: Pastikan anda mengenali Firmware yang digunakan sekarang.

Screenshot_2015-06-04-21-46-24

Sebelum mengemaskini, adalah penting untuk mengetahui sistem operasi serta versi firmware yang sedang peranti anda gunakan. Ini bagi memastikan tiada sebarang komplikasi yang boleh terjadi ataupun seumpama memasukkan minyak petrol kepada kenderaan yang menggunakan enjin diesel. Bagi mengetahui model dan juga firmware, anda hanya perlu masuk ke bahagian Settings > About > Software Information.  Pastikan nombornya sama dengan yang terdapat pada manual online.

Seperti contoh sekiranya anda menggunakan Zenfone 5 biasa, ia akan menunjukkan Model Number ASUS _T00F / ASUS_T00J. Jika anda menggunakan Zenfone 5 LTE, ia akan menunjukkan ASUS T00P. Dan juga perhatikan pada Build number. Zenfone 5 yang saya gunakan untuk panduan ini menunjukkan WW V2.22.40.54 dan boleh dikemaskini kepada Android Lollipop. Manakala bagi Zenfone 5 LTE yang saya gunakan untuk tujuan semakan adalah TW_Phone-11.4.6.94. Adalah penting untuk memastikan segala maklumat ini sama.

Tips 3: Muat-turun firmware dari sumber yang disahkan.

Screenshot_2015-06-04-20-31-20Jika kemaskini secara automatik anda tidak akan menghadapi masalah kerana sumber URL-nya diyakini, namun jika mencari secara manual, anda harus pastikan anda memuat-turun kemaskini firmware tersebut di laman syarikat atau di halaman Support. Jika anda memuat-turun fail-fail dari laman web yang lain, ia dikhuatiri telah diletakkan bermacam pelbagai aplikasi tambahan. Mungkin penawaran aplikasi tambahan merupakan satu perkara yang bagus namun apa yang ingin dielakkan disini adalah jika terdapat pihak tidak bertanggungjawab meletakkan virus ataupun pepijat yang boleh mencuri maklumat anda. Seperti biasa, untuk kemaskini Zenfone sumbernya berasal dari laman web Asus, justeru boleh diyakini. Pastikan juga apabila habis memuat-turun fail kemaskini tersebut, saiz fail yang dinyatakan di laman web adalah sama dengan fail yang habis dimuat-turun. Namun ini mungkin bukan menjadi satu masalah yang besar kerana kini setiap sistem operasi akan menyemak tahap integriti sesuatu fail kemaskini sebelum melaksanakannya.

Tips 4: Pastikan bateri mencukupi sebelum mengemaskini.

Asus Zenfone Update -IMG_0681

Kebanyakan kemaskini memerlukan masa bagi melakukan pemasangan dan juga kemaskini terhadap aplikasi yang telah dipasang. Bagi peranti Zenfone, sekurang-kurangnya 15% kuasa diperlukan sebelum proses kemaskini dilakukan. Hal ini penting kerana semasa proses kemaskini sekiranya peranti anda kehabisan tenaga, dikhuatiri proses kemaskini tersebut tidak lengkap dan boleh membuatkan peranti anda ‘koma’, dan menjadi pemberat kertas yang cantik.

Tips 5: Jangan usik peranti anda semasa proses kemaskini.

Asus Zenfone Update -IMG_0684

Lagi satu perkara paling penting adalah walau apa pun yang terjadi semasa proses kemaskini (seperti peranti padam dan hidup dan padam secara sendiri) adalah penting untuk anda membiarkannya kerana kita tidak tahu apa yang sedang dilakukan oleh sistem operasi tersebut. Boleh jadi ia sebenarnya sedang beroperasi namun jika anda menekan suis off dengan lama untuk memaksanya hidup semula, terdapat risiko peranti tersebut menjadi ‘koma’. Biarkan sahaja sehingga ia hidup semula.

Screenshot_2015-06-04-20-51-51

Selesai kemaskini anda seharusnya akan melihat notifikasi yang menyatakan telefon anda telah selamat dikemaskini. Namun begitu dengan kemaskini sistem terbaru terdapat juga aplikasi yang masih tidak dikemaskini untuk beroperasi pada Android Lollipop, dan menyebabkan aplikasi tersebut dibuang. Kini anda mempunyai peranti Zenfone dengan sistem operasi terkini Android Lollipop. Berikut merupakan halaman rasmi bagi mengemaskini peranti Zenfone anda dan seperti tips diatas, pastikan anda memilih firmware berdasarkan Model Number yang betul. Selamat mencuba.

ep2p-5small