Orang ketiga menghantui rumah tangga Sharifah Shahora..

Dalam rumahtangga, kalau wujud orang ketiga ni memang jadi mimpi ngeri buat semua pasangan berkahwin.. Bukan apa, kadang-kadang orang ketiga tu bukan tak tahu, orang yang dia duk berhubungan tu dah berstatus suami atau bini orang.. Masih je nak menggoda..

Rupanya perkara macam ni pun berlaku kat Sharifah Shahora tau! Rumahtangga dia diganggu oleh orang ketiga.. Rumahtangga yang dibina bersama suaminya, Raja Mukhriz Raja Ahmad mula berantakan akibat diganggu oleh orang ketiga.. Orang ketika tu dikenali sebagai Madeyanie di laman sosial..

“Sudah lama saya sedar perkara ini tapi saya cuba kawal diri. Tapi kali ini saya tewas kerana perasan saya seperti dihentak-hentak. Saya tak mampu menyembunyikan apa yang terpendam lagi selama ini. Wanita itu memang tahu saya sedar permainannya, tapi tetap terus mengganggu rumah tangga kami.

Saya cuba menghubunginya tetapi dia tutup telefon bimbitnya. Malahan baru-baru ini dia sudah sekat akses saya di laman Twitter. Nampak dia memang pengecut. Kalau berani, kenapa buat semua itu.

Terlalu awal untuk membuat kesimpulan. Saya tengah melihat perkembangan seterusnya apa yang wanita itu boleh dan akan lakukan pula. Amaran seperti saya katakan tadi sudah diberikan sejak tiga bulan supaya berhenti mengganggu suami saya. Saya dapat tahu, wanita ini mengajar suami saya untuk mengingati dan menyimpan nombor telefonnya menerusi memori otak.

Wanita itu siap ajar suami saya untuk memadamkan mesej dan bukti perbualan mereka di telefon bimbit setiap kali berkomunikasi. Saya tahu setiap hari, dia akan hantar mesej bernada manja kepada suami. Tak tahulah apa tindakannya nanti selepas tahu saya sudah ‘meletop’. Saya juga sampai satu tahap menghantar mesej kepadanya baik-baik dengan menyuruh dia kahwin sahaja dengan suami jika inilah gayanya.” jelasnya..

Hmm.. memang kes berat kalau sampai dah jadi macam ni.. Tapi tulah “tepuk sebelah tangan takkan berbunyi”.. Kalau si suami tak layan benda ni pun tak jadi, susah kalau suami pun tak sedar diri tu dah beristeri.. Masih lagi nak layan orang ketiga..

Buat ‘orang ketiga’ tu, jangan lah dok ganggu rumahtangga orang lain.. Nanti ko buat kat orang, jangan terkejut.. Tiba-tiba benda tu jadi balik kat diri sendiri.. Baru tahu sakitnya tu macam mana dok rampas suami orang.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2