Orang gaji mangsa rogol terselamat dari majikan kejam.

Akibat tidak tahan jadi mangsa rogol anak kepada majikannya, Abby Luna nekad buat satu video untuk meminta pertolongan. Seorang amah dari Filipina yang bekerja untuk majikannya di Bahrain memuatnaik satu video merayu supaya dirinya diselamat dari terus menerus menjadi mangsa rogol.

Anak majikan mangsa dipercayai seorang penagih dadah bertindak merogolnya sehingga dia mengalami lebam di bahagian payudara dan kesan sakit akibat ditumbuk.

Luna turut melaporkan kejadian itu kepada majikannya tetapi tidak diendahkan. Dia juga turut dipersalahkan selain tidak dibenarkan balik ke negara asal sehingga habis kontrak. Fuhhhh menakutkan, tak kan la nak tunggu habis kontrak lagi dua bulan baru boleh balik negara asal.

Dah tu siap suruh beli tiket penerbangan balik sendiri pulak tu, eshhh kejam betul. Siap bagi tempoh seminggu pulak tu sebab majikannya nak bawa ke hospital untuk pemeriksaan. Yela mana tahu mengandung ke kan, kalau Luna mengandung majikannya nak gugurkan kandungan tu sebelum dihantar pulak.

Tapi nasib baik lah Luna diselamatkan oleh kedutaan Filipina di Bahrain pada hari itu juga selepas video Luna mintak pertolongan tu menjadi viral di dunia siber.-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2