Nenek perasan diri terlampau cantik hingga mampu sebabkan kemalangan.

Ni masuk dalam bakul angkat sendiri! Cantik???? Miss Hana tengok nenek, Stephanie Arnott, 58 ni dari segi kecantikan tu tak cantik mana punn… Tapi dari segi bentuk badan tu ada la sikit  cantik dia.

Walaupun rupanya tak secantik nenek dari Jepun yang menjadi perhatian dunia iaitu Kazuko Inoue.

Nenek Inoue tu memang cantik asli macam anak dara. Kalau nenek ni biasa aje la bagi Miss Hana. Yang over tu nenek Stephanie dakwa lelaki yang tengok dia pasti mengalami kemalangan kerana kecantikan dimiliki.  Whoaaa.. High confidence!

Nenek ni pun ada muncul dalam program televisyen di Britian dan dengan yakin cerita kecantikan dia kat pengacara TV tu. Yang lawaknya,  dia mengaku kecantikan dia akan mampu membuat kaum adam ni menangis di depan isteri diorang. Huhuhuhu..menari-menari bulu roma.!

Untuk mensahih kan cerita nenek tu..,  pengacara TV tu suruh nenek Stephanie  berjalan luar studio sebelum on air. Tahu apa jadi? Tiada seorang lelaki pun yang memandang dia dan tak ada pun yang mengalami kemalangan.

Pengacara itu tanya kat dia “apa yang sudah terjadi?” dan dia dengan  malu berkata “saya tidak tahu”. Malunyaaaaaaa.  – MissHana/Utaranews.com 

ep2p-2