Nafi Tidak Sensitif, FAM Tak Amal 
Jadual Berat Sebelah

NSTPKUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Afandi Hamzah menegaskan, tiada unsur berat sebelah dalam struktur penjadualan perlawanan Liga Super dan Liga Perdana sepanjang bulan Ramadan yang memberi kelebihan kepada Lions XII.

Katanya, isu jadual perlawanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menentang Lions XII yang akan bermula pada pukul 9 malam ini di Stadium Jalan Besar, Singapura dibuat untuk mematuhi peraturan stadium di republik itu yang mewajibkan semua aktiviti melibatkan masyarakat, terma­suk acara sukan, hen­dak­lah ber­akhir sebelum pukul 11 malam.

Katanya, JKPT te­lah meminta tuan rumah melengahkan sepak mula kepada 10 malam, sama se­perti perlawanan la­in, namun mereka tidak boleh meme­nuhi permintaan itu kerana terikat de­ngan peraturan ber­kenaan.

“Untuk makluman pada mulanya tuan rumah mahu menga­dakan perlawanan bermula pada pukul 8 malam namun kami bangkang atas alasan tempoh yang terlalu singkat untuk pemain beragama Islam berbuka puasa.

Baca: Permohonan Tangguh Masa ATM Ditolak, Hai-O hairan FAM ikut telunjuk Lions XII

“Peraturan stadium di republik tersebut tidak membenarkan sebarang aktiviti diadakan me­lebihi pukul 11 malam jadi kami (JKPT) menghantar surat untuk me­minta perlawanan diadakan pada pukul 9 malam dan dipersetujui oleh mereka.

“Kami bukannya tidak peka bahawa perlawanan tersebut diadakan pada Ramadan, tetapi kami perlu mencapai kata sepakat, itu sahaja.

“Sebenarnya tidak timbul isu berat sebelah terhadap mana-mana pasukan dan saya harap perkara sebegini tidak timbul lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam, merujuk kepada kenya­taan ketua pasukan ATM, Hairuddin Omar yang meluahkan perasaan puas hati­nya mengenai jadual perlawanan itu.

Hairuddin, dalam status di akaun Facebook miliknya, berkata dia berasakan masa sepak mula perlawanan pada pukul 8.30 malam (jadual asal) tidak relevan kerana pemain yang beragama Islam mempunyai tempoh yang cukup singkat untuk berbuka puasa, malah dia turut berasa hairan mengapa FAM dilihat se­perti mengikut rentak Lions XII.

– Utusan

ep2p-5small