Nabila Huda Doa ‘Dia’ Lelaki Terakhir Di Dalam Hidup

Advertisement

Dengar-dengar khabar Nabila Huda sudah pun berpunya dan hubungan Abil dan  pemilik restoran Kulcats dikatakan sudah berada di zon selesa. Apa yang selesanya ni Nabila Huda?

“Saya pasti semua sudah sedia maklum mengenai hubungan saya, cuma kalau boleh saya tak nak cakap sangat mengenai hal peribadi. Apa yang boleh saya katakan adalah kami kini berada dalam zon selesa dan sudah melepasi fasa mengenali hati budi masing-masing.

“Saya berdoa agar dia menjadi orang terakhir dalam hidup saya. Keisha (anak Abil) pun begitu selesa dengan dia,” ujar Abil.

Ohh begitu rupanya. Korang jangan fikir bukan-bukan pula, maklumlah si Abil ni kan hangat juga dengan gosip-gosip panas dan kontroversi berkaitan dirinya. – Dosa Dan Pahala Saya Allah Yang Tentukan! – Nabila Huda.

Bagaimanapun, dirinya juga seorang manusia yang punyai hati dan perasaan. Kalau tak, tak timbul pula gosip “Nabila Huda Sedih Dipandang Artis Kontroversi“.

Nabila Huda Doa 'Dia' Lelaki Terakhir Di Dalam Hidup

“Saya tahu diri saya tidak sempurna. Seperti yang saya katakan, biarlah Tuhan yang menghakimi saya kerana hanya Dia yang layak menilai kita semua. Terima kasih atas keprihatinan sesetengah pihak terhadap saya. Malas hendak terlalu memikirkan perkara ini dan saya memilih untuk biarkan saja,” katanya.

Bulan-bulan baik ni, apa kata kita sedekahkan doa untuk semua umat Islam agar ibadat puasa diterima dan semoga kita semua diberikan hidayah olehNya untuk berubah ke arah kebaikan.

Kepada Nabila Huda atau Abil, semoga anda akhirnya menemui kebahagiaan yang dicari serta mendapat hidayah seperti rakan-rakan artis yang lain.

Sumber: BH Online

3 total views, 3 views today

ep2p-2