Nabil Ahmad Disindir Kerana Fizikal Baharunya?


Advertisement

Seperti yang kita lihat, susuk tubuh dan fizikal pelawak Nabil Ahmad kini jauh sekali berbeza dengan dirinya di awal kemunculan industri hiburan.

Hanya kerana menginginkan fizikal menawan dan menjadi trend para pemuda kacak sekarang, “Nabil Ahmad Habis RM20K Untuk Dapatkan Badan Sado?“.

Walaubagaimanapun, akuinya sejak memiliki susuk tubuh sado ini dirinya sering disindir tetapi semua itu tidak diambil kisah malah langsung tidak berkecil hati sebaliknya berasa kelakar.

Nabil Ahmad Disindir Kerana Fizikal Baharunya


“Saya perasan ada peminat yang sudah mula panggil saya abang sado. Sampaikan sewaktu sedang menunaikan solat di masjid ada orang panggil saya abang sado. Saya sedar ada di antara mereka memberi pujian tetapi berbaur sindiran.

“Pada saya ianya lucu sebab saya sendiri memang tak pernah mempunyai bentuk fizikal seperti sekarang. Tetapi saya tak pernah berkecil hati kerana ianya membuktikan usaha selama ini berjaya,” jelas Nabil.

Menurutya juga, dengan penampilan baharunya ini tawaran kerja semakin bertambah. Alhamdulillah, mungkin ianya rezeki anak kan buka kerana badan ahaks!

Apa-apa pun tahniah buat Nabil dan diharapkan Nabil dapat mengekalkan reputasi diri dengan baik, jangan sampai peminat meluat sudah memandangkan gosip sebelum ini seakan kurang senang untuk didengar “Nabil Ahmad Dihentam Netizen Gara-gara Annoying Ketika Lagu #KunAnta Dinyayikan!“.

67 total views, 67 views today

ep2p-5small