My Kuali: Tofu masak sos tiram

 Ni sayur untuk dinner semalam…kebetulan g beli barang dapur n terbeli jugak tofu ni… sebenarnya tak de la suka sangat dengan tofu ni, tapi sesekali nak jugak sayur yang lain sket dari biasa tu kan… balik rumah teruslah mintak cik google carikan resepi sbb ni la first time nak masak tofu lembut cenggini… maklumlah selalu tu cedok jer dah boleh makan… dan sebab masak pun dah hampir nak berbuka jadinya banyak la yang terlupanya… bila dah ngadap tu, kenapa lain sangat kuah dia ni…. rupaya telo yg dah ready tu lupa nak masukkan dalam kuah tu…. even daun dan bawang goreng pun dah lupa nak taruk!…..adoyaiiii la. apa pun dah selamat masuk perut. Alhamdullilah.

resepinya kak rose kopi dari sini…. tapi biasalah ade jer nak tambah2, ikut tekak sendiri kan. mekasih ya. ni resepi asal dari tuan punya

Bahan bahan

3 pack kecil tofu jepun (kak rose buat 2 pack jer)

3 biji bawang putih (ketuk)

2 sudu makan sos tiram

1 sudu kecil minyak bijan

1/4 kiub ayam (x letak pon takpe)

broccoli

1 biji putih telur

1 sudu tepung jagung dibancuh dgn air.

1 batang lada hidup

sedikit daun bawang

sedikit daun sup

sedikit bawang goreng

carrot n cauliflower – ni kak rose tambah

cara cara

potong2 tofu dan goreng hingga sedikit perang

broccoli, cauliflower dan carrot di celur sekejap

 

tumiskan bawang putih dan masuk kan sos tiram, tambahkan air

masukkan kiub pati ayam, sedikit garam (kalau perlu)

masukkan minyak bijan dan telor

masukkan juga bancuhan tepung jagung, biar melegak

last sekali masukkan sayur2 yg dah dicelur tadi dan juga tofu

perasakan dan tu dia… dah ready.

hiaskan dengan daun bawang, daun sup dan bawang goreng (yg semuanya kak rose telupa!!!)

sedap dimakan panas2….

 

 

ep2p-5small