My Kuali: Sup ayam n cendawan

 Salam berhujung minggu dan selamat kembali kesekolah buat anak2 yang dah memulakan sesi persekolahan lepas cuti dua minggu…pasti emak2 juga dah mula sibuk uruskan anak yang bersekolah dan masa untuk kedapur juga mungkin akan jadi singkat… so apa kata masak yang mudah2 jer macam kak rose ni. dek sedang melayan tekak yang masih perit sebab batuk, kak rose masak yang mudah dan lembut2 jer… makan nasi dengan kuah sup yang banyak atau meratah je pun boleh, asalkan perut berisi dan kenyang.

resepi dari Nor Secubit Garam, mekasih dan meh kak rose kongsikan kat sini lak ya..

SUP AYAM DGN CENDAWAN

Bahan2:
ayam ~ dipotong kecil2
cendawan tiram ~ basuh, toskan dan siat2 sket
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
3 bj bawang merah ~ ditumbuk
1/2 in halia ~ diketuk
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 – 2 sudu besar rempah sup
1 bj ubi kentang
carrot
1 btg celery
5 -7 bj cili padi ~ jika lebih suka pedas (kak rose x letak pun!)
1 sudu besar perahan limau nipis

garam

sedikit gula jika suka

Bahan penumis:
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
5 kelopak bunga lawang
air secukupnya
minyak

Cara2:
Panaskan minyak dan tumis bahan penumis hingga wangi.
Masukkan bahan tumbuk serta halia.
Kacau hingga naik bau dan masukkan potongan ayam.
Kacau sket dan masak hingga ayam bertukar warna putih dan masukkan rempah sup.
Masak hingga pecah minyak atau hingga ayam bergaul mesra dgn rempah.
Masukkan air dan biarkan mendidih.
Masukkan ubi kentang, celery dan serbuk lada hitam.
Pastu masukkan carrot dan masak hingga ubi kentang empuk.
Masukkan garam dan gula, cili padi yg diketuk dan cendawan.
Masak kejap aje dan padamkan api.
Masukkan perahan limau nipis, kacau2 dan boleh la dihidangkan.
Boleh la ditaburkan dgn sedikit daun sup, daun bawang dan bawang goreng jika suka.
Sedap juga dimakan dgn sambal kicap :)

* ayam boleh juga digantikan dgn daging.
** kalau suka, bolehlah diletak sedikit serbuk pati ayam atau kiub ayam.
*** kalau tak ada rempah sup serbuk, boleh guna rempah sup bunjut.

ep2p-2