My Kuali: Pulut serawa durian

 macam mengidam bila rasa nak makan… tak menyempat dah. masa tu jugak kena buat dengan bahan yang ada…. jadilah janji dapat memenuhi tekak dan selera sendiri kan…. resepi dari CMG, mekasih ya.

BAHAN KUAH SERAWA :-)

1 biji durian, keluarkan isinya (kalau durian kecik, guna 2 atau lebih)

700 ml santan kelapa segar

500 ml air (atau secukupnya)

1 ketul gula melaka, potong kecil*

1/2 cawan gula pasir*

1 helai daun pandan, disimpul*

1 cawan air*(*satukan masak hingga gula larut dan tapis)

1 helai daun pandan, disimpul

1 1/2 camca besar tepung gandum (kak rose omit yg ni… dah pekat dgn durian yg banyak)

3 camca besar air

Secubit garam

Gula, jika perlu

BAHAN PULUT :-)

1 kg pulut, cuci dan rendam 1 jam, toskan

700 ml santan cair

1 camca teh garam (atau secukup rasa)

1 camca teh minyak masak (mat guna minyak kelapa)

1 helai daun pandan, disimpul

** kak rose buat pulut tu sket jer, maklumlah dua molot jer nak menyuapnya, so kuah yang banyak tu kak rose buat makan dengan roti lak… best!)

 

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK PULUT :- Panaskan kukus,
sediakan loyang berukuran 9 inci. Letak pulut dalam loyang, satukan
minyak masak, garam dan santan, kacau rata kemudian tuang ke dalam
loyang berisi pulut, ratakan. Letak daun pandan dan kukus selama 20
minit dengan api besar, kemudian kareh (gemburkan) dan sambung kukus
lagi 10 minit atau hingga pulut betul2 masak. Ketepikan.
UNTUK KUAH SERAWA :- Satukan air
gula merah, santan, air, isi durian dan daun pandan ke dalam periuk.
Masak hingga mendidih. Kacau selalu. Tambah sedikit garam dan jika
kurang manis tambah gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan bancuhan
tepung gandum. Kacau rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh
matikan api.
UNTUK SERAWA PULUT DURIAN :- Senduk
pulut secukupnya dalam bekas sesuai. Tuang kuah serawa dan hidangkan.
Atau anda boleh hidangkan berasingan kuah serawa dan pulut
tadi…Selamat mencuba

ep2p-2