My Kuali: Nasi ayam

 nasi ayam butter yang kak rose buat beberapa hari lepas…. terasa sangat nak makan nasi ayam walaupun dengan bahan sampingan yang ada saja, jadilah buat hilang kempunan nak makan. resepi nasi ayam butter, kak rose tepek kat sini untuk sesiapa nak mencuba….

Bahan-bahan
UTK NASI

3 cawan beras – basuh dan toskan
31/2 air rebusan ayam – bergantung jenis beras
Rempah tumis (kayu manis,bunga lawang, cengkih, pelaga..)
1/2 biji bawang besar – dihiris
1 inci halia – ketuk
1 sudu serbuk pati ayam
1 helai daun pandan simpul
1 batang serai ketuk (kak rose x letak)
2 sudu besar butter
garam

>>
Panaskan butter. Masukkan rempah tumis, hingga naik bau.. Masukkan
bwg, halia.. Tumis lagi. Masukkan pula air rebusan ayam, daun pandan,
serai, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. Masukkan beras dan
pindahkan ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa.

 ayam goreng madu untuk nasi ayam yang seadanya ini….

UTK AYAM GORENG MADU

Ayam rebusan tadi
3 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
1 inci halia – parut
2 ulas bawang putih – parut
blackpepper – optional
bleh tambah minyak bijan jika inginkan lebih wangi

Campurkan
semua bahan. Perap lebih kurang satu jam atau lebih. (hana perap
20min jer) Panaskan minyak (gune minyak sedikit sahaja asal tenggelam
paras setengah ayam). Goreng ayam tadi hingga keitam2an. Jgn hangus
sudah! Jika ingin dibakar boleh juga.Hidangkan dengan nasi ayam, sup n
sos tadi dan juga dengan daun salad@ kubis, tomato dan timun.

 UTK SUP
1/2 ekor ayam size kecil – potong
1 sk serbuk@kiub pati ayam
1 batang saderi – potong
2 inci halia – ketuk
Air secukupnyer
garam
daun bawang dan bawang goreng

Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Toskan ayam dan ketepikan. Masukkan daun sup dan bawang goreng. Siap utk hidangan sup.
 

UTK SOS MERAH3-4 batang lada merah*
2 ulas bwg putih*
2 biji tomato*/bleh juga gune tomato puri 
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos chili
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar gula

blend
yang bertanda *. Masukkan dlm periuk/kuali dan masukkan sos,cuka,
gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api. (kak rose x masak pun, terus cam tu jer pun dah sedap!) 
UTK SOS HITAM@KICAP
3 sudu besar kicap
1 sudu kecil madu
2 sudu besar air rebusan ayam ( kak rose buh lebih air rebusan tu )

Campurkan semua. ketepikan.

ep2p-2