My Kuali: Jejari ketam celup tepung

 Asalamualaikum dan selamat pagi kawan2…. semuga sentiasa dalam lindungan Nya dan diberikan kesihatan yang baik untuk terus menjalani ibadah ibadah dibulan ramadan ini, Insya Allah. dan ini menu berbuka kami petang semalam, jejari ketam celup tepung cicah dengan home made sos cili. buat pun setakat 10 sticks, tu pun x leh nak abes… perut dah mengecut kot atau penuh dengan air teh o tu.. tapi memang x leh nak makan banyak menda ni sbb nak makan nasi pulak kan…

meh kak rose kongsikan resepi nya, cnp dari Maz, terima kasih ya…

Bahan-bahan

1/2 cawan tepung beras

1/4 cawan allpurpose
flour

1 sudu kecil baking
powder

50ml susu segar

1/4 sudu kecil yis kering
– larutkan dalam 2 sudu besar air suam

1-2 titik pewarna kuning

air sejuk peti secukupnya

sedikit serbuk pati ayam
@ garam

jejari ketam secukupnya –
yg dah lembut

minyak untuk mengoreng
sos pencicah

Cara

1. Dalam mangkuk satukan
bahan kering, kemudian masukkan susu segar, yis, pewarna dan air (air tu masuk
sikit-sikit, maz tak sukat pun, jangan cair sangat, biar bila celup jejari
ketam tu lekat gitu), kemudian rehatkan sekejap bancuhan dalam 5-7 minit.

2. Panaskan minyak
secukupnya, celupkan jejari ketam dalam adunan dan goreng hingga perang dan
garing dikedua bahagian. Angkat dan toskan, sedia untuk dinikmati bersama sos
pilihan.

ep2p-5small