My Kuali: Iftar #7 yang sempoi

 Asalamualaikum dan selamat pagi… seminggu dah kita berpuasa dan tukang masak ni kenalah masak tiap2 hari sbb sendiri nak makan jugak… kalau hari2 biasa tu seminggu sekali jer masaknya… manyak rilek la kan. bila dah hari2 nak masak ni mula lah termenung2 garu kepala kat dapo… tu yang kak rose selalu siapkan menu apa yang nak dimasak…. sampai masa terus zassss, kejap jer dah siap. petang semalam en asben ada g param dan bli laksam… sampai waktu berbuka x tak leh nak makan…. dah masammmm…tu yang buat lagi tak suka nak membeli. masak sendiri je la… menu bodo2 pun tak per kan.

 buah2an mesti ada… orange n pear, walaupun hanya sebiji tiap satu tapi bila dah ade yang lain menu at one go… terasa banyak lak..

 untuk kami berdua, buat tauhu sumbat ni dengan tiga keping tauhu jer…makan dengan homemade chilli sauce dan kuah kacang kedai mari punya…. tapi punyalah manis kuah pecal ni…camner nak mengadjustnya… tak tertolan rasanya!

 sayur lemak tauge n tauhu dan segala apa yang ada dalam fridge kasi masuk sket2… dan jadi banyak lak… x per boleh meratah, tambah lemak yang dah kuncup disiang hari…..he he he

paprik udang dengan putik jagung, capsicum hijau dan tomato.. Syukur Alhamdullilah, selamat sudah hari ke tujuh puasa dan semuga kita semua terus diberi kesihatan yang baik supaya nanti dapat terus menjalani ibadah dibulan puasa ni…

ep2p-5small