My Kuali: Cucur nasi ikan bilis

cucur yang jadi pebret setiap masa dan sepanjang masa. apa cucur atau yang biasa kak rose sebut cekodok memang jadi penyelamat bila2 buntu tak tau nak buat apa untuk minum petang… macam cucr nasi ni, kebetulan ade baki nasi semalam, teruslah kodek dengan bilis yang tak payah masuk dalam blender, tu yag terjujur sana sini tu… tapi kalau ikut tuan punya resepi asal tu, ikan bilis n bawang semuanya terus masuk dalam blender… nak ikut mana2 pun boleh sbb kita yang buat dia kan…

kak rose tepek kat sini resepi asal dari CMG tu ya… kalau ada lebihan nasik tu boleh buat camni untuk kudapan petang2 bersama secawan kopi atau teh panas…

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan nasi
2 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 biji bawang besar, didadu
1/2 cawan ikan bilis, cuci dan rendam sekejap, toskan
1 biji lada merah, hiris halus
Daun sup/daun bawang, hiris halus
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :-)

Satukan
nasi, air, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis dalam alat
pengisar. Kisar hingga halus. Gaul bahan2 kisar tadi bersama tepung
gandum, daun sup/daun bawang, cili hiris, bawang besar dan perasakan
dengan garam secukupnya. Gaul hingga rata. Ketepikan.
Panaskan
minyak untuk goreng terendam. Basahkan sedikit hujung jari dengan air
dan jemput adunan tadi dan masukkan ke dalam minyak panas, berhati. Buat
hingga memenuhi kuali, tapi pastikan ada ruang.
Masak
dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, letak
atas paper towel. Buat selebihnya hingga siap.Hidangkan bersama sos cili
atau sos kegemaran anda.

ep2p-2