My Kuali: Brokoli bawang putih

 sayur simple dgn 3 bahan yang sedap… buat yang suka brokoli la…. ni resepinya, kalau buat sikit jer pepandai la nak adjust bahan2 tu ya… untuk kawan2 yang pening nak masak sayur apa untuk petang ni, boleh la mencuba nanti ya.

Bahan-bahan:

500 gm broccoli
5 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
3 sudu sos tiram
1 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
1/2 camca lada sulah
Air ais ~ untuk merendam broccoli
Garam

Cara penyediaan:

1. Celur broccoli selama 2-3 minit dalam air mendidih. Kemudian sejatkan dan rendamkan ke dalam air ais, 2-3 minit dan toskan. (brokoli akan kekal hijau cam kat atas tu)
3. Tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan angkat.
4.
Masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung ke dalam kuali.
Apabila kuah telah mendidih, masukkan broccoli dan kacau seketika.
Letaklah lada sulah dan garam secukup rasa.
5. Angkat ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng tadi. Sedia dihidang.

ep2p-2