MB Kelantan warning Guan Eng.. Jangan kutuk keikhlasan UMNO!!

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah memberi peringatan kepada pemimpin Pakatan Rakyat agar tidak membuat kritikan bahawa Umno tidak ikhlas melaksanakan dasar perjuangan parti Pas.

Amar berkata, siapa pun tidak dapat menilai tahap keikhlasan seseorang itu kerana tahap keikhlasan itu tidak dapat dinilai oleh seorang manusia melainkan Allah.

Tambahnya, oleh itu jangan menilai tahap keikhlasan seorang itu terlebih dahulu, apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu adalah menyahut pelawaan yang diterima.

“Sebab itulah Pas mengambil langkah memilih yang zahir sahaja. Contohnya, kita dijemput masuk ke rumah jiran, kita masuklah. Sama ada dia ikhlas atau tidak untuk mengajak kita ke rumahnya, itu terpulanglah. Asalkan kita masuk.

“Dalam isu ini saya melihatnya skopnya begitu, terlalu awal untuk kita mengatakan Umno ini tidak ikhlas dalam melaksanakan hudu. Sebab masa ada lagi.Jadi kita tengok dulu setakat mana, selagi ada ruang itu, kita kena tunggulah dulu,” kata Amar.

Amar yang menyentuh mengenai kritikan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terhadap Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas tidak akan melayani kritikan itu kerana Pas tidak perlu melayani sikap pemimpin yang kebudak-budakan.

Justeru itu, Amar berharap Guan Eng dapat mengubah sikap dan tutur kata untuk menghormati rakan dalam Pakatan Rakyat jika mahu menawan Putarajaya pada pilihan raya umum akan datang.

“Sepatutnya kena ada hormat. Pertamanya, sebab kita sama-sama dalam Pakatan Rakyat. Mengkritik dengan bahasa yang keras dan kasar itu tidak sesuai.

“Strong words yang menyebabkan hati kita terluka. Kalau kita membalas dengan cara negatif juga, apa yang akan berlaku? Kita pun pandai juga,” katanya. –Utaranews.com-

ep2p-2