Maxis Memperkenalkan Suara Kanak-Kanak Untuk Navigasi Waze – Dinamakan Sebagai “Safe Mode Kids”

Waze mempunyai sejumlah besar penawaran suara yang berbeza untuk pengguna muat-turun dan gunakannya ketika bernavigasi. Sebelum ini, mereka telah menambah suara Terminator, dan terkini Maxis bekerjasama dengan pihak Waze dalam memperkenalkan pek suara tersendiri dinamakan sebagai “Safe Mode”.

Maxis SafeMode

Melalui “Safe Mode” ini, Maxis menawarkan pek suara yang terdiri daripada sejumlah suara kanak-kanak. Menurut Maxis, pengguna membawa kenderaan dengan lebih berhati-hati apabila terdapat kanak-kanak dalam kereta, dan dengan pek “Safe Mode” ini, mereka berharap pengguna di seluruh dunia membawa kenderaan mereka dengan lebih berhati-hati berbanding kebiasaan.

Pek suara “Safe Mode Kids” ini boleh dimuat-turun oleh semua pengguna seluruh dunia, tidak kira platform Android, iOS, BlackBerry, dan juga Windows Phone.

ep2p-5small