Mat YoSedia maklum Mat Yo atau Norshahrul merupakan penyerang negara yang berbakat. Beliau yang bermain untuk Terengganu merupakan penyerang yang lincah yang mempunyai kemahiran individu yang tinggi, larian pantas dan sepakan yang padu.

Perkhabaran yang membanggakan diterima hari ini ialah berkenaan Kelab dari Liga utama Korea telah berminat untuk mengikat kontrak dengan pemain ini.

Incheon United FC ialah kelab yang beraksi di liga utama Korea iaitu K League Classic. Kelab ini berada dikedudukan ke 10 pada musim 2014 dalam liga utama yang terdiri dari 12 kelab.

Surat dari pihak Incheon United untuk merisik Mat Yo

Dimaklumkan agen Norshahrul sudah melakukan urusan perpindahan Norshahrul ke Korea Selatan, untuk beraksi dengan kelab ini.

Perkara ini belum lagi muktamad kerana tiada sebarang komen dari pihak Norshahrul sendiri.