Malaysia Bawah 13 Tahun Juara Iber Cup Costa Del Sol 2015

Pasukan muda negara di bawah Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara atau National Football Development Program (NFDP) berjaya membuktikan mereka mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi apabila berjaya muncul juara Iber Cup Costa Del Sol 2015 dengan menewaskan pasukan pilihan Spoting Lisbon dari Portugal dengan keputusan 2-1. Pasukan muda negara juga berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dengan menewaskan kelab-kelab pilihan iaitu Atletico Madrid (1-0), SL Olivais (2-0), OS Belenenses (1-0), FC Barreirense (5-0), Sevilla (0-0 : menang penentuan penalti 7-6). Kejayaan ini membuktikan kemampuan pasukan NFDP di bawah bimbingan bekas pemain kebangsaan, Lim Teong Kim (LTK) mula membuahkan hasil serta mampu bersaing ke peringkat yang lebih tinggi di masa akan datang sekaligus membawa sukan bola sepak Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi di masa akan datang.

Bual Sukan percaya, dengan komitmen dan kesungguhan setiap barisan kejurulatihan, pemain serta pengurusan yang baik, sasaran layak ke Piala Dunia Bawah 17 Tahun 2019 pastinya boleh dicapai. Namun begitu, campurtangan pihak-pihak tertentu wajar dielakkan selain para pemain muda negara kekal fokus menggalas cabaran negara dalam setiap aksi mereka. Sebagai peminat sukan bola sepak, Bual Sukan percaya semua pihak mengharapkan kejayaan yang lebih cemerlang di masa akan datang. Tahniah diucapkan kepada barisan muda negara. Anda semua harapan serta masa depan bola sepak negara. Terima kasih Lim Teong Kim serta barisan kejurulatihan serta pihak pengurusan NFDP yang berjaya membuktikan pelan pembangunan bola sepak negara adalah sesuatu yang bermanfaat. 

ep2p-2