Malaysia akan jadi mundur kalau rakyat kena tutup aurat.. – Mahathir

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengkritik pentadbiran kerajaan mengenakan kod etika pakaian orang awam untuk berurusan di pejabat kerajaan.

Menurut Mahathir, kerajaan tidak mempunyai hak menyekat kebebasan berpakaian seseorang itu kerana Malaysia bukanlah sebuah negara yang menyekat kebebasan berpakaian seperti yang diamalkan oleh negara Afghanistan, Pakistan dan Arab Saudi.

Mahathir berkata, etika yang dikenakan oleh negara Asia barat itu adalah merupakan budaya mereka, dan kita tidak perlu menerapkan budaya luar di dalam negara.

Katanya, dengan tindakan kerajaan mengenakan etika itu, negara akan menjadi sebuah negara yang mundur di mata dunia.

“Kita sedang bergerak ke belakang. Tak lama lagi jangan kata pakai seluar pun tak boleh.

“Kita buat macam Pakistan, Afghanistan, Arab Saudi pasal tu budaya dia. Kita nak jadikan budaya kita, itu itu masalah,” tegas Mahathir

Mahathir yang mempertahankan orang awam yang menjadi viral ketika berurusan di pejabat kerajaan dan hospital dengan berpakaian tidak mengikut etika berkata, pihak berkuasa tidak mempunyai hak menghalang mereka untuk berpakaian mengikut peraturan kerana ianya hak individu berpakaian bebas.

Tambahnya, jika orang awam berbogel barulah pihak berkuasa mempunyai hak untuk menghalang mereka.

“Orang nak pakai seluar pendek itu dia punya hal lah. Dia nak pergi hospital itu dia punya hal jangan dia bogel sudahlah,” katanya.

Jika Mahathir mengatakan kerajaan atau pihak berkuasa tidak mempunyai hak untuk menghalang orang awam berpakaian, adakah Mahathir mengizinkan puak-puak ini mengenakan pakaian ‘bikini’ untuk berurusan di pejabat kerajaan.

Lagipun pada pandangan Andy, tidak salah kita mengamalkan etika pakaian yang memberi kebaikan kepada semua orang bagi mengelak sesuatu perkara yang tidak diingini.-AndyBolat/Utaranews.com-

ep2p-5small