Maksud Peribahasa Melayu. Contoh Peribahasa Bergambar PT3

Maksud Peribahasa Melayu. Contoh Peribahasa Bergambar Bahasa Melayu PT3

Bagi contoh soalan PT3 Bahasa Melayu terdapat soalan peribahasa yang akan ditanya kepada calon peperiksaan Tingkatan 3 PT3 2015 kelak pada soalan no. 4 di dalam bahagian A. Format peribahasa Bahasa Melayu tersebut akan terbahagi kepada 2 iaitu peribahasa bergambar dan maksud peribahasa merujuk kepada karangan dan petikan yang diberikan. Jelas?

Berita Semasa difahamkan dengan lambakan peribahasa Melayu yang ada pada ketika ini, hanya peribahasa yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3 sahaja yang akan ditanya dalam soalan peribahasa Bahasa Melayu PT3 kelak.

maksud peribahasa

Senarai Jawapan Contoh Maksud Peribahasa Soalan Bahasa Melayu PT3

Bersama-sama ini Berita Semasa lampirkan untuk anda semak satu persatu, senarai peribahasa bergambar merujuk kepada soalan peribahasa PT3 Bahasa Melayu Tingkatan 3 mengikut urutan nombor yang mana jawapannya turut disediakan kepada anda di bawah ini :

Bagai cincin dengan permata
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Dengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
Bagai lintah menghisap darah
Nasi sudah menjadi bubur
Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan
Bagai murai dicabut ekor
Bagai katak di bawah tempurung
Kaki ayam

Di bawah ini Berita Semasa kongsikan pula contoh soalan peribahasa PT3 Bahasa Melayu yang boleh anda lakukan ulangkaji dan buat latihan daripada masa ke semasa yang mana terdapat contoh peribahasa bergambar dan juga maksud peribahasa Melayu yang bakal ditanya dalam soalan Bahasa Melayu PT3 kelak.

Berita Semasa turut suka untuk berkongsi senarai contoh peribahasa Melayu yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 seperti di bawah ini sebagai rujukan :

Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
Ringan tulang, berat perut.
Ada udang di sebalik batu.
Biar titik jangan tumpah.
Indah khabar daripada rupa.
Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut.
Jauhari jua yang mengenal manikam.
Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi, kita merasa.
Alah membeli menang memakai.
Alang-alang mandi biar basah.
Kalau tak berada-rada, tak akan tempua bersarang rendah.Bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Seperti api di dalam sekam.
Seperti lintah menghisap darah
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Genggam bara api biar sampai jadi arang.
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Umpama orang mengantuk disorongkan bantal
Seperti harimau menyembunyikan kukunya.
Seperti embun di hujung rumput.
Sudah terantuk baru terngadah.
Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak.
Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.
Jauh berjalan luas pandangan.Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung.
Seperti hujan jatuh ke pasir.
Alang-alang berdakwat biarlah hitam.
Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.

Siarkan Komen Anda di Facebook

Komen Bernas di Berita Semasa

ep2p-5small