Mahathir heret kerabat diraja sebagai modal serang Perdana Menteri Malaysia.

Setelah puas menyerang Perdana Menteri Malaysia melalui 1MDB, Altantuya serta beberapa isu kononnya untuk menyelamatkan negara, Tun Mahathir kini dilihat semakin terdesak hingga mengheret kerabat diraja kedalam permainan politiknya.

Didalam satu kenyataan beliau didalam sebuah portal pro pembangkang, Mahathir berkata kerabat diraja tidak sepatutnya mengulas mengenai isu politik.

Bagaimanapun, kata Mahathir disebabkan cara pengurusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke atas 1Malaysia Developmen Berhad (1MDB) dilihat menjengkelkan, ia menyebabkan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berbuat demikian.

“Dia (Tunku Ismail) tidak sepatutnya membuat apa-apa komen tentang politik tetapi kadang-kala apabila terdapat perkara yang menjengkelkan, kita perlu menegur sedikit,” katanya pada sidang media.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tunku Ismail awal bulan ini berhubung ketidakhadiran Najib dalam program dialog Nothing2Hide.

Didalam sebuah laman Facebook, Tunku Ismail didakwa membuat kenyataan “orang yang ingin menyembunyikan segala-galanya tentu sekali tidak akan muncul..”

Jika benar kenyataan tersebut ditulis sendiri oleh Tunku Ismail, ia menjadi kerabat pertama menyatakan perasaan tidak senang secara terbuka dalam pertelingkahan antara Mahathir dan juga Perdana Menteri Malaysia itu. – Utaranews.com

ep2p-5small