Lelaki hina gempa bumi di Sabah dah kena tangkap Polis.

Jenis buat status ikut sedap mulut ja tak fikir akibat yang sedang menunggu, nahhhh seorang penjawat awam ditahan polis akibat memuat naik satu status yang melibatkan sensitiviti masyarakat.

Takde orang report takpe la kena ada orang report nahhhh ke balai la jawabnya. Lelaki ini memuat naik status berbaur sensitiviti masyarakat apabila mengaitkan gempa bumi yang berlaku di Sabah dengan aktiviti sosial di negeri tersebut.

“Kena gempa bumi baru nak kecoh..Standard la negeri penuh sociality..pub..night club terbanyak di Malaysia..Nak goyang sangat kan. Tuhan dah bagi goyang tu, kenapa takut pula??”

Agak makan dalam jugak la kan.. Tapi tak sepatutnya dia kata macam tue. Kalau betul pun itu balasan akibat dari aktiviti sosial yang melampau kat negeri itu.. Ambil jela tu sebagai iktibar. Tak payah la nak mengutuk bagai.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Assisten Komisioner, M. Chandra, pemuda berusia 22 tahun tu ditahan jam 9 malam lepas ada orang buat report pasal statusnya.

“Kami merampas sebuah telefon bimbit dan dua sim kad daripada suspek dan telah merekod kenyataan daripadanya,” katanya. Kes ini akan dibawa ke pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya. –TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small