Leica Q Diperkenalkan Secara Rasmi – Kamera Kompak Terbaru Daripada Leica Pada Harga RM16,900

Leica merupakan salah satu jenama kamera premium yang menawarkan rakaman gambar berkualiti tinggi menggunakannya. Terkini, di Malaysia, Leica secara rasminya membawa masuk kamera terbaru mereka, iaitu Leica Q.

Leica Q hadir dengan full-frame sensor 24-megapixel, serta menyertakan lensa Leica Summilux 28mm f/1.7 ASPH. Leica Q ini turut dilengkapi dengan pemproses imej baru daripada Leica Maestro II, serta menawarkan kadar fokus terhadap gambar pada hampir masa-nyata – sekaligus memudahkan anda merakamkan gambar dengan pantas dan tidak terlepas sebarang detik-detik penting.

Leica Q

Kamera ini turut menyertakan sebuah skrin LF bersaiz 3-inci untuk membolehkan anda melihat hasil rakaman. Skrin ini turut hadir dengan sokongan sentuh untuk memudahkan anda mengawal dan membuat fokus. Integrasi WiFi turut hadir pada Leica Q untuk memudahkan pemindahan gambar dari kamera ke peranti mudah-alih dengan menggunakan sebuah aplikasi khusus untuk Android atau iOS.

Leica Q menyokong hasil rakaman dalam bentuk RAW (DNG) selain daripada rakaman gambar biasa menggunakan format JPG.

Leica Q ini boleh didapati di bukti Leica yang terletak di Avenue K, Suria Sabah, dan juga Starhill Gallery pada harga bermula RM16,900.

Leica Q

Leica Q

ep2p-5small