Lanun Melarikan Diri, Kru Kapal Tangki Orkim Harmony Dibebaskan

Embedded image permalinkKUALA LUMPUR: Semua kru kapal tangki MT Orkim Harmony sudah dibebaskan kumpulan perampas jam 2.30 pagi tadi, kata Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM).

Berikutan pembebasan itu, semua perampas meninggalkan kapal dan melarikan diri menaiki bot penyelamat kapal MT Orkim Harmony antara jam 8.15-8.30 malam manakala kapal ini kini diiringi beberapa kapal TLDM termasuk KD Terengganu, dijangka tiba di Kuantan, Pahang, awal pagi Sabtu.

Hanya seorang kru kapal MT Orkim Harmony alami cedera ringan. Tukang masak warga Indonesia cedera ditembak di kaki ketika mula ditawan, bukan ketika rundingan untuk dibebaskan.

Kapal ini kini diiringi beberapa kapal TLDM termasuk KD Terengganu, dijangka tiba di Kuantan, Pahang, awal pagi Sabtu.

Baca: Gambar Terkini Kapal tangki MT Orkim Harmony Ditukar Cat, Dikesan Di Perairan Kemboja

TLDM arahkan 3 kapal & 2 helikopter untuk melakukan pencarian. KD Jebat dan Super Lynx kini menyertai usaha menjejaki lanun yang telah melarikan diri. Pesawat P3 Orion, C130 & Beechcraft sedang melakukan pencarian udara.

Kapal tangki itu bersama 22 kru terdiri daripada 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar, dilaporkan hilang Khamis lalu ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal tangki itu dirampas oleh sekurang-kurangnya lapan lanun bersenjatakan pistol dan parang dipercayai warga Indonesia. Lanun dikatakan mahu menjual 6,000 liter petrol yang dianggarkan bernilai RM21 juta dalam kapal itu kepada sindiket asing.

MT Orkim Harmony disahkan ditemui semalam oleh pihak berkuasa di perairan Kemboja, telah dicat semula dan ditukar nama kepada ‘Kim Harmon’.

ep2p-5small