Kecoh foto separuh bogel artis wanita popular pula sedang hangat disebarkan di laman-laman sosial.

Foto tersebut menunjukkan foto seorang wanita persis pelakon drama popular sedang ‘selfie’ di hadapan cermin tanpa pakaian dan hanya berseluar dalam.

Seorang pengirim telah berkongsi foto artis tersebut yang telah di ‘screen capture’ dari sebuah akaun Instagram (IG) dengan Astro Gempak.

Bagaimanapun selepas membaca kapsyen yang ditulis pada gambar panas tersebut, Astro Gempak membuat kesimpulan bahawa pelakon cantik itu telah dianiaya.

“Rasanya kawan perempuan pakwe dia saja mesej dia suruh kasi gambar bogel sebab handphone boyfriend dia dipinjam oleh kawannya. Astaghfirullah tak malu ke? Dahlah **** silikon. Yang kelakarnya **** berwarna hitam dan tak center sebab pakai silikon. **** sepatutnya ditengah-tengah bukan di atas cik kak oi…”

Aksi berani wanita tersebut telah mendapat kecaman sebahagian besar pengikut di IG (penyebar foto) sehingga terdapat beberapa klu yang menjurus kepada seorang pelakon yang pernah memenangi anugerah beberapa tahun lalu .

Sementara itu dalam masa tidak sampai 24 jam, gambar separuh bogel seorang pelakon popular wanita telah tersebar luas malah apa yang lebih mengejutkan, terdapat beberapa individu meninggalkan komen pedas di akaun Instagram milik Tasha Shilla yang seakan mengaitkan nama pelakon itu dengan gambar tersebut.

Peminat-Dakwa-Gambar-Bogel-Tasha-Shilla-Tersebar----ROTIKAYA_intext

Tidak mahu terus menuding jari dengan sekadar berpandukan komen-komen di laman sosial yang mengaitkan dirinya, kami cuba untuk menghubungi pihak Tasha bagi mendapatkan penjelasan terus daripada pelakon ini sendiri.

Bagaimanapun usaha kami untuk hubungi Tasha Shilla sehingga pagi ini masih tidak berjawab.

Apa-apa pun, kita nantikan penjelasan yang akan keluar daripada mulut Tasha sendiri apabila dia sudah bersedia untuk bersuara nanti.

Rotikaya & Astro Gempak