Janda Awie terpaksa ke Siam untuk settle kes.

Miss A rasa selebriti yang paling kontroversi pasal cerai kat Malaysia ni ada dua je.. Pertama pasangan Rita Rudaini dan Aidil Zafuan, kedua ialah pasangan penyanyi Awie dan bekas isterinya Rozana Misbun..

Kalau sebut pasal cerai je, memang kes dorang ni tak akan habis.. Senyap sekejap kes cerai Rita, timbul pulak kes cerai Awie dan Rozana.. Hampir beberapa bulan turun naik mahkamah, akhirnya talak antara Awie dan Rozana telah gugur sebab Rozana dah berjaya mendapat tuntutan fasakh secara taklik dari Pejabat Majlis Agama Islam, Songkhla, Thailand..

Rozana buat permohonan fasakh secara taklik kat Thailand sebab dulu dorang nikah kat sana.. So kena la pergi buat permohoanan kat sana.. Kalau kat Malaysia memang tak boleh..

“Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya bukan lagi isteri Awie berkuat kuasa 1 November 2014. Bertitik tolak dari kejadian 2 Jun 2014 yang dikemukakan, permohonan cerai saya telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Songkhla, sekali gus sijil perceraian yang sah mengikut undang-undang telah dikeluarkan dan disahkan pihak terbabit.,” ujar Rozana..

Rozana jugak minta Awie untuk menyerahkan anak sulung mereka, Putra Ahmad Merrah padanya semula.. Patutnya hari ini, dorang prosiding kes Awie pukul Rozana tu..

Kalau disabitkan kesalahan Awie akan menerima hukuman penjara maksimun tujuh tahun dan denda.. Tapi peguam Awie minta ditangguhkan.. Sama-samalah kita tunggu sambungan kes mereka.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small