Iftar #8 sikit tapi banyak!

 Asalamualaikum dan selamat menjalani ibadah puasa hari yang ke 9… semuga kita masih diberikan kesempatan untuk beribadat dihari2 seterusnya, Insya Allah. cepatnya masa berlalu kan… dan mula la terfikir2 nak buat cookies untuk raya pulak… angan2 tu ada tapi kerajinan nan hado la pulok!… camner tu? entahkan terbuat ke tidak, tak pasti lagi walaupun ada sedikit bahan2 yang dah dibeli…

 menu iftar petang semalam…. buah kena ada… lepas minum air,sebelum makan yang lain kena la amik buah2 dulukan…stok buah ada banyak, so boleh makan berulang2… banyak ni pun tak boleh abes… so sambung makan masa sahur tadi.

 kuih orang lama macam kak rose… banyak hari dah asik sediakan kuih yang savory, kali ni buat kuih manis pulak… dan kuih lopes ni kak rose buat banyak2… dapat jiran merasa pulak. untuk kami berdua, lima keping tu pun tak terabes… dan air gula yang banyak tu nnti boleh makan dengan bubur som som pulak… another kuih yang mesti pada bulan puasa kak rose.

 lauk yang simple, ikan tenggiri dengan sos blackpepper…buat pun cuma sekeping jer. agaknya kalau beli yang dah masak berapa lah harga derang nak jual kan bila kita beli yg mentah pun dah about rm5/pc… ish! ish… tak terdaya la kak rose nak beli yg dah siap masak… the best kita masak sendiri jer la kan..

dan sayur kegemaran en. asben…. brokoli sos tiram dengan bawang putih. dengan bahan yang sangat minima, lengkaplah menu untuk kak rose berbuka petang semalam… buat pun separuh dari sebunga brokoli tu, untuk sekali ngadap je…tak nak membazir dan yang penting tak de leftover…

 

 complete menu untuk iftar semalam… ade buah, kuih n sedikit lauk… cukup dah. 1 liter air teh o untuk kak rose sorang dan en asben mesti dengan nescafenya.. Syukur Alhamdullilah dengan nikmat rezki yang Allah berikan.

ep2p-2