Iftar #4 Agar agar mangga

 Alhamdullilah, masih diberi kesempatan untuk menjalani berpuasa yang dah masuk hari keempat….cepatnya masa berlalu, sedar tak sedar esok dah dekat seminggu kita berpuasa… semuga masih diberikan kesempatan hingga ke bulan Ramadan akan datang. untuk menu bukak puasa hari semalam, kak rose godek blog CMG untuk cari resepi puding yang dia tayang kat blog n fb. kebetulan mangga pun ada, jadi kak rose mencuba buat agar2 dengan buah mangga ni.

 kak rose kongsikan resepinya kat sini ya Mat. mekasih.

BAHAN-BAHANNYA :-)

5 gram serbuk agar-agar

4 – 5 camca besar gula (che mat guna 4 camca besar)

2 cawan air

1 helai daun pandan, disimpul

1 cawan susu sejat (che mat guna susu sejat IDEAL)

2 biji mangga (saiz sederhana) kupas dan ambil isinya

Secubit garam

Isi mangga yang didadu untuk hiasan (jika suka)

 

 
menu bukak posa semalam…. Alhamdullilah dengan limpahan rezekiNya.

 

CARA MEMBUATNYA :-)

Satukan agar2 serbuk dan gula dalam
periuk, kacau rata, masukkan air dan daun pandan, kacau rata dan masak
hingga mendidih dan gula larut, guna api sederhana dan kacau sentiasa.
Sementara itu isi buah mangga dan susu sejat dikisar hingga menjadi
puri.
Kecilkan api, keluarkan daun pandan,
kemudian tuang puri mangga dalam periuk berisi agar2 tadi. Kacau rata
hingga sebati dan masak sekejap, jangan biar sampai mendidih, bila ia
panas dan naik wap sahaja sudah cukup. Matikan api.
Tuang dalam acuan kegemaran anda dan
biar hingga hilang wap panas. Kemudian sejukkan dalam peti sejuk.
Hidangkan dan hias dengan isi mangga yang didadu, jika suka. Sedap
dimakan sejuk…Selamat mencuba!

ep2p-2