Iftar #12 – udang goreng kunyit

 lauk berbuka petang semalam…. dua belas hari berpuasa dan selama tu jugak lah hari2 kak rose masak nasik…da stat pening kepala apa menu nak disediakan untuk berbuka… tu yang hari2 kak rose buat list apa yang nak dimasak bergantung jugak dengan stok yang ada dalam fridge la kan…. kalau sediakan list berderet sekali bikak fridge bahan tak de, naya jer dibuatnya kan.  resepi udang goreng kunyit ni kak rose kopi dari sini, mekasih ya…

Bahan-bahan:

  • 10 -12 ekor udang di
    bersihkan
  • 1 biji piman /
    capsicum / cili hijau dan cili merah (kak rose ade yg hijau jer)
  • sedikit bunga kobis /
    carrot
  • bawang besar –
    dipotong bulat
  • sehiris halia –
    dicincang halus
  • 2 ulas bawang merah –
    dimayang
  • 1 ulas bawang putih –
    dimayang
  • sedikit serbuk lada
    hitam (optional)
  • sedikit air
  • serbuk kunyit
  • garam

 

Cara Memasak:

  1. Udang di gaul dengan
    garam dan kunyit secukup rasa.
  2. Panaskan minyak dan
    tumis bawang putih, bawang merah dan halia cincang sehingga naik bau.
  3. Masukkan sedikit air
    dan bunga kobis.
  4. Bila bunga kobis
    separuh masak masukkan udang, piman, dan hirisan bawang besar.
  5. Jika terlalu kering
    tambahkan sedikit lagi air.
  6. Bila hampir masak
    masukkan sedikit serbuk lada hitam jika suka. Perasakan garam.
  7. Kacau dan tutup api.
    Sedia untuk di hidangkan panas-panas. Selamat mencuba hidangan yang
    ringkas dan cepat untuk disediakan.

 ikut pesan tuan doctor, makan buah dulu sebelum makan yang lain…. dan nin lah dia buah kak rose hari semalam…

 satur, apa yang sde je dalam firdge, kubis, carrot n sawi….taruk jer la apa yang ade…

kuih manis petang semalam….buat satu adunan dan cuma ini yang tinggal untuk kami berdua… makan 4 buji je…. ada lagi membawak ke sahur pulok!

macam2 ada….. gulai kari ikan kurau leftover pun ada…. penambah selera

ep2p-2