Iftar #10 ikan masin pembuka selera

 Asalamualaikum dan salam hujung minggu buat kawan2. semuga kita semua sentiasa dalam lindungan Nya dalam menjalani ibadah dibulan puasa ni. Insya Allah. juadah berbuka kak rose petang semalam… nampak macam banyak jer kan… tp sebenarnya masak untuk sekali nagadap je. senang nak kemas dan tak la memenuhkan fridge dengan leftover….

 gigih dipagi yang panas pergi ke rope walk semata nak mencari ikan masin dan buah2 saja. dan ikan masin gelama ni lah pembuka selera untuk makan nasik…. maklumlah jarang sangat malam2 makan nasik…tp sejak puasa ni kena jugak amik nasik sbb bila bersahur cuma makan roti n nescafe o jer… takut lepek pulak next day kalau tak de nasik kan..

 gandingan untuk ikan masin, masak lemak cili api fillet ayam campur peria…. masak dengan apa yang ada dalam fridge, kita yang buat dia kan… so suka suki masuk dalam gulai lomak tu la…

 kerabu kacang botor yang sedap…. ternampak tayangan amal dari blog Sham, tak boleh jadi kena cari jugak kacang botor ni… tapi kedai ni mmg tak take a good care dengan sayuran hijau dia… ade ke dibiar dalam plastik jer dengan cuaca panas cenggini… so layu n lebam la kacang botor yang ada… no choice, amik jer la n sampai rumah basuh bersih, bungkus dengan paper basah, masuk dalam plastik n simpan dalam fridge… petang tengok segar sikit rupanya… jadila dapat hilang ngidam nak makan kerabu kacang botor ni..

 popia emergency, pengganti samosa yang kak rose buat tapi tak menjadi…. entah dimana silap samosa yang kak rose buat kulit dia pecah dan isi terburai dalam kuali… nasib baik ada popia frozen… tak payah thaw terus goreng jer… penyelamat!

last but not least… buahnya. suka sangat dengan anggur ni, beso2 n pejal isi dia,… tapi part yang tak sukanya ialah ade biji n kena koyak kuli tu…. haishhhh!!!

ep2p-2