Guru paksa MURID BUKAN ISLAM minum air kencing adalah PALSU dan FITNAH. Ini cerita yang sebenarnya….

Susulan dari aduan yang dibuat oleh waris-waris pelajar bukan Islam Sekolah Rendah Kebangsaan Ibrahim kepada Pejabat Pelajaran Alor Star semalam, satu siasatan telah dibuat oleh pihak berwajib.

Hasil siasatan mendapati, dakwaan bahawa Penolong Kanan tersebut menyuruh murid BUKAN ISLAM minum di tandas dan minum air kencing sendiri sebenarnya adalah FITNAH semata-mata.

Tak cukup dengan aduan kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, waris-waris pelajar Bukan Islam tersebut juga telah membuat 12 laporan Polis kelmarin kononnya untuk menguatkan dakwaan mereka.

Perkara yang sebenar ialah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Rendah Kebangsaan IBRAHIM  iaitu En AMIR bin ABDUL SAMAD bercakap perkara demikian kepada MURID-MURID ISLAM yang ponteng puasa dan makan serta minum di bilik darjah.

Kenyataan Guru Penolong Kanan HEM tersebut juga bertujuan untuk mendidik serta mencegah MURID-MURID ISLAM di sekolah berkenaan dari ponteng puasa dan menganggu murid-murid lain yang berpuasa didalam kelas. Ia juga bagi mengajar MURID-MURID ISLAM menghormati bulan Ramadhan serta rakan-rakan mereka yang berpuasa.

Tidak ada langsung didalam kenyataan Guru Penolong Kanan terbabit yang menyebut “MURID BUKAN ISLAM” dan ianya telah disalah ertikan oleh waris pelajar bukan Islam yang terlampau emosi serta percaya kepada cakap anak-anak mereka tanpa menyelidik terlebih dahulu.

Sebagai seorang Penolong Kanan yang berpengalaman dan mempunyai tanggungjawab mendisplinkan murid-murid, adalah amat mustahil dan tidak masuk akal En Amir Abdul Samad membuat kenyataan sedemikian kepada murid BUKAN ISLAM.

Jadi kes ini dilihat sebagai satu cubaan dari waris-waris pelajar BUKAN ISLAM di Sekolah Rendah Kebangsaan Ibrahim untuk menjatuhkan imej seorang Guru Muslim dan menghina imej Sekolah Kebangsaan.

Sepatutnya mereka berjumpa dengan pengurusan sekolah terbabit dahulu dan berbincang tentang isu yang timbul sebelum membuat tuduhan serta menyebarkan fitnah jahat mereka ke media sosial. Jelas disini perbuatan mereka sengaja mahu mencetuskan sentimen perkauman dan juga perpecahan agama kepada masyarakat.

Apakah kini sudah menjadi satu kesalahan besar bagi Guru-guru Islam untuk mengajar anak bangsa sendiri supaya menghormati agamanya? Dan kenapa pula waris kaum India di Sekolah berkenaan terlampau sensitif dan emosi tak stabil sehingga sanggup menuduh Penolong Kanan terbabit diatas kesalahan yang beliau tak lakukan?

Adakah ini satu lagi cubaan pihak penyokong pembangkang untuk menjatuhkan imej guru-guru melayu di Malaysia? Sebelum ini pada tahun 2013, terdapat fitnah disebarkan oleh mereka bahawa guru memaksa pelajar BUKAN ISLAM makan di tandas sekolah. Padahal yang sebenarnya bilik tersebut adalah bilik persalinan dan bukannya tandas! – Utaranews.com



ep2p-5small