Guan Eng jangan perasan!! P.Pinang bukan milik DAP!! – Dewan Ulamak PAS

Tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang sewenang-wenangnya memecat wa­kil Pas dalam jawatan-jawatan kerajaan di negeri itu disifatkan sebagai tindakan yang tidak wajar.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata, ini kerana Kerajaan Pulau Pinang bukan pemilik tunggal DAP tetapi kerajaan bersama pakatan pembangkang.

Malah, katanya, pemecatan wakil Pas dalam kerajaan negeri itu juga merupakan satu tindakan yang tidak sabar dan gopoh.

“Pas belum pun menganggap pakatan pembangkang berkubur. Mereka tidak sabar. Kerajaan Pulau Pinang bukan kerajaan DAP semata-mata tetapi kerajaan pakatan pembangkang,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di Kuala Lumpur, semalam.

Mahfodz mengulas tentang isu Setiausaha Pas Pulau Pinang, Mohd. Fadzil Kemi yang mengesahkan menerima surat pemecatan sebagai Pegawai Penerangan kepada Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, baru-baru ini.

Mahfodz bagaimanapun berkata, ketika ini, semua ahli Pas diminta untuk bertenang dan menunggu sehingga mesyuarat Majlis Syura diadakan.

“Berhubung pendirian Pas mengenai tindakan DAP ini, kita tunggu kenyataan daripada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” ujar­nya. – Utaranews.com

ep2p-2