Cheeky: The model flashes her bum while admiring the view. Palace officials say the pictures should be condemnedChina – Beberapa keping gambar bogel yang dirakamkan di Kota Larangan di sini telah mencetuskan kecaman penduduk China yang menyifatkannya sebagai kurang ajar dan tidak senonoh.

Gambar-gambar itu yang dimuatnaik dalam media sosial sejak bulan lepas turut memperlihatkan seorang wanita bersandar pada kepala naga dalam keadaan berbogel di bekas istana maharaja di Beijing.

Ia dirakamkan di kawasan bersejarah yang menjadi kawasan tumpuan pelancong dan mempunyai kira-kira 80,000 pengunjung setiap hari.

Wang DongJurugambar berkenaan yang menggunakan nama WANIMAL bagaimanapun mempertahankan tindakannya itu dan menyelar orang ramai yang dikatakan salah faham mengenai gambar itu.

Dalam pada itu, kamera CCTV menunjukkan gambar itu dirakamkan pada 12 Mei lalu. Ketika itu terdapat empat orang termasuk jurugambar dan model.

Jurugambar berkenaan juga tidak meminta kebenaran untuk merakamkan gambar hingga memaksa kakitangan di situ menghentikan penggambaran tersebut.

Di bawah undang-undang ci China, mana-mana individu yang berbogel atau melakukan perbuatan tidak senonoh di khalayak ramai, boleh ditahan selama lima hingga 10 hari.