Fazura Luah Rasa Sedih Isu Ibu Tiri Dera Budak 5 Tahun!


Advertisement

Dek kerana berita yang mengejutkan seluruh rakayat Malaysia khususnya ramai yang terkesan dengan tindakan ‘Ibu Tiri Cantik Tetapi…’Kejam’ Dera Budak 5 Tahun’ yang menyebabkan kanak-kanak tersebut disahkan cacat kekal.

Artikel menarik : Fake Account Adik Neelofa Cetus Kontroversi Di Foto Fazura?

Walaupun penahanan telah dibuat terhadap ibu tiri dan bapa kandung yang terlibat ianya belum cukup lagi memadamkan kemarahan netizen. Begitu juga dengan Fazura yang rasa Geram, marah, sedih semuanya perasaan bercampur baur bila dapat tau kes adik Yaya didera oleh ibu tirinya sendiri. Fuh! artis jelita Fazura ini dah naikangin dek kerana isu dera ini sehingga mengeluarkan kata-kata yang cukup menyentuh hati menerusi kenyataannya di laman sosial instagram :-

fazura komen isu dera budak


Berita ini sama sekali tidak dapat diterima akal. Selepas satu persatu kes haiwan yg tidak mampu bersuara di seksa oleh hati hati kejam, kini kita disuap pula berita anak kecil yg mengharap lindungan bapa kandung dan ibu tiri tapi sebaliknya dilaporkan didera sehingga mengalami kecederaan di tulang rusuk, lengan, pinggul dan patah tulang belakang. Disaat masih ramai pasangan suami isteri di luar sana yg mengimpikan seorang zuriat, kini rata rata masih ada manusia yg tidak mensyukuri kurniaan ALLAH yg paling berharga ini. Mengapa mahu punya anak jika belum bersedia dan mampu bertanggungjawab menjaga serta memberi sepenuh kasih sayang padanya? Saya percaya bukan semua ibu tiri sekejam dia, namun apakah nilai kasih sayang si bapa sehingga tidak mampu melindungi zuriatnya sendiri. Hiba tetapi syukur… Setelah melarikan diri, akhirnya mereka tertangkap juga. My heart goes out to precious Yaya’s mother, Puan Sana Abdul Malek dan marilah kita sama sama berdoa untuk Adik Nur Zuliana Zaara semoga dengan keberkatan ramadhan ini, dia akan cepat sembuh dan kembali pulih sepenuhnya dengan izin ALLAH SWT. Amin ?? #PrayForYaya #JusticeForYaya #WhereIsTheLove #PrayForBetterHumans #PrayForABetterWorld #PrayForMalaysia

Apabila artis bersuara sekurangnya menyatakan batahan terhadap kes dera kanak-kanak. Paling malang menimpa adik yaya apabila disahkan mengalami cacat kekal. Semoga adik Yaya dilindungi Allah S.W.T ya.. Amin!

44 total views, 44 views today

ep2p-2