Erma Fatima Mohon Hentikan Spekulasi Kekecewaanya #PesanDariTuhan Di-Banned!


Advertisement

Gosip tayangan telefilem #PesanDariTuhan terpaksa di batalkan tayangannya semalam benar-benar membuatkan pengarah Erma Fatima kecewa malah sahabat-sahabat industri mahupun peminat juga turut kecewa kerana telefilem itu memang dinanti-nantikan ramai. – PANAS! Karya Erma Fatima #PesanDariTuhan Dibanned Saat Akhir.

Dek kerana ramai yang tidak berpuas hati dengan pembatalan tayangan tersebut, beberapa selebriti tanah air cuba meluahkan rasa kesal mereka di laman Instagram seperti Nora Danish dan adik Erma Fatima sendiri Betty Rahmad.

Erma Fatima Mohon Hentikan Spekulasi Kekecewaanya #PesanDariTuhan Di-Banned!


Bukan main lagi Nora Danish, siap minta sokongan ramai lagi untuk RT (Retweet) di laman Twitter moga-moga ada sinar untuk menonton telefilem itu.


Erma Fatima Mohon Hentikan Spekulasi Kekecewaanya #PesanDariTuhan Di-Banned!

Bagaimanapun, dengan rasa redha dan rendah diri Erma Fatima memuatnaik satu post di Instagramnya agar spekulasi yang timbul akibat luahan kekecewaannya itu dapat dihentikan.

“Saya hanya seorang pengkarya kecil yg cuba utk mengingat-ingatkan bangsa sy yg semakin berpecah belah melalui karya kecil ini.

Saya bukan berbicara POLITIK kerana sy bkn ahli politik dan tak berminat utk berpolitik.

Saya hanya bercerita tentang kebenaran yg sy lihat dgn mata dan dengar dgn telinga.

Luahan emosi kekecewaan sy di ig ini kerana drama ini tdk dpt d tayangkan telah mengundang spekulasi demi
spekulasi.
Saya mohon semua sahabat-sahabat disini untuk kita menghentikan saja penyebaran dan persepsi yg boleh mengundang kpd fitnah d bulan
Ramadhan yg mulia ini.

Saya dgn redha hati menerima nasib drama ini. Sy menghormati permintaan stesen untuk pemotongan-pemotongan tersebut atas nama etika penyiaran dan saya mengambil keputusan untuk tidak menyiarkannya di stesen tersebut kerana saya tidak mampu untuk memotong matlamat karya ini saya terbitkan.

Maka saya harap penjelasan ini dapat bersama-sama kita fahami. Insyaallah. Kalau d izinkan Allah pasti akan ada waktunya karya kecil ini dpt d pranontonkan bersama.
PESAN DARI TUHAN berbaik-baik sangkalah kita pada takdirNYA kerana dia lebih mengetahui segalanya.”

Hmmm, komen dari kami mungkin kali ini bukan rezekinya untuk tayangan #PesanDariTuhan namun kami yakin karya ikhlas ini dapat ditayangkan pada masa akan datang, mudah-mudahan.

12 total views, 12 views today

ep2p-5small