Elizabeth Tan ada bukti Tunang Adira Curang..

Perh.. Panas! Panas! Kenyataan yang dikeluarkan Elizabeth Tan ni pasti buat korang semua terkejut.. Mana taknya, Elizabeth Tan dedahkan tunang Adira iaitu Shahrul Nasrun ada cuba-cuba nak mengorat dirinya..

Kau rasa? Dah bertunang boleh dok mengorat awek lain, tak ke pautu putus je tunang dengan lelaki macam ni? Bila dengar pendedahan ini, Miss A dapat agak.. Mungkin memang betul gosip yang mendakwa Adira dah putus tunang..

“Masa saya mula-mula mengenali Shahrul, saya memang tak tahu dia sudah bertunang malah daripada cara dia sendiri dari awal pun memang dia nak mengorat. If ada orang nak salahkan saya, saya ada bukti yang dia flirt dengan saya and I’m not flirting back”

“Saya dapat tahu dia sudah bertunang pun dari salah seorang jurusolek. Bila saya tahu situasi yang dia sudah bertunang dan nasihatkan demi kebaikan, Shahrul pernah kata – girlfriend je pun (merujuk kepada Adira). Jika saya salah, Adira sudah lama akan jumpa dengan saya,” kata Elizabeth..

Lebih baik putus tunang dari sekarang, kalau dah kahwin nanti kantoi dok menggatal dengan wanita lain lagi susah..

Haish.. dapat tunang yang dah cantik macam Adira tu pun masih lagi nak mengorat wanita lain.. Banyakkan bersabar buat Adira, memang itu bukan jodoh anda.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2