Demi Filem ‘By The Sea’ Brad Pitt Dan Angelina Jolie Pura-Pura Mesra


Advertisement

Gosip yang hangat diperkatakan “Akui Kesilapan Besar, Brad Pitt Bakal Bercerai Dengan Angelina Jolie?” seolah-olah suatu gosip yang akan menjadi kenyataan.

Khabar angin mengatakan Angelina Jolie dan Brad Pitt masing-masing berpura-pura mesra demi filem terbaru lakonan mereka, By The Sea menguatkan lagi kisah pengakhiran hubungan pasangan romantik ini.

Sebelum ini umum mengetahui kisah cinta yang kukuh antara pasangan ini sehingga tersebarnya surat yang ditulis oleh Brad Pitt kepada isterinya yang berjudul ‘A Secret of Love’.

Surat yang menggambarkan kekuatan Angelina Jolie berperang dengan penyakit kansernya. Adakah mungkin disebabkan tekanan penyakitnya, perangainya kini semakin menjadi-jadi?

Artikel sebelum:- Angelina Jolie Buang Ovari, Umum Menopause


Demi Filem 'By The Sea' Brad Pitt Dan Angelina Jolie Pura-Pura Mesra

“Hubungan kami sudah di ambang perpisahan. Kecantikannya telah hilang ke mana dan tidak lagi mempamerkan dirinya yang sebenar. Dia menolak pelawaan untuk menjalani penggambaran filem.

“Saya sudah hilang harapan dan percaya kami akan bercerai dalam masa terdekat.

“Tetapi saya memutuskan untuk lakukan sesuatu. Saya miliki wanita paling cantik di dunia dan dia adalah idola untuk semua wanita dan kegilaan kaum lelaki seluruh dunia. Dan saya satu-satunya lelaki yang boleh mendampingi dan memeluk bahunya,” tulis Brad Pitt.

Mungkin ramai peminat enggan pasangan ini berpisah memandangkan mereka berdua merupakan contoh buat kebanyakan peminat. Adakah perpisahan jalan terbaik untuk pasangan ini? Sama-sama kita nantikan!

72 total views, 72 views today

ep2p-5small