Chrome Beta Baru Menjeda Akan Kandungan Berbentuk Flash Untuk Menjimatkan Bateri Laptop

Google Chrome LogoKetika melayari web, kita sering melihat pelbagai jenis kandungan berbentuk Flash, daripada iklan, video, animasi dan sebagainya. Walaupun kandungan berbentuk sedemikian agak menarik, tetapi tidak boleh dinafikan yang mana ia agak menggunakan tenaga bateri pada komputer riba dengan lebih tinggi berbanding kandungan berbentuk biasa.

Kini, dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan bateri ketika melayari web – terutamanya bagi mereka yang menggunakan komputer riba, Chrome Beta terbaru telah mula mengoptimasikan penggunaan kandungan Flash. Sekiranya ia mendapati kandungan Flash ada web, ia akan jeda akan kandungan tersebut dan pengguna boleh melihatnya dengan klik pada kandungan tersebut.

Fungsi ini hadir dalam Chrome 44 Beta yang masih pada peringkat pembangunan dan pengguna perlulah mengaktifkannya melalui halaman tetapan.

Kita mungkin akan dapat melihat fungsi ini diintegrasikan pada versi stabil Chrome tidak lama lagi.

ep2p-5small