Bila bukan muslim suruh hormat Ramadan… Terbaik!!!

Kan bagus kalau ada ramai penganut agama lain selain agama Islam jika berperangai dan berpendapatan macam ni. Tersangat-sangat memahami keperluan masyarakat agama Islam.

Iyela sekarang ni kan bulan Ramadhan, umat Islam yang berpuasa kadang tu balik kerja dah lewat lepas tu terpaksa pulak nak hadapi kesesakan lalu lintas la.. Nak ke bazar beli juadah la dan sebagainya. Kan bagus kalau penganut agama lain bagi keutamaan pada umat Islam macam yang Malini Mimie ni cakap.

Mana taknya kadang tu kita sibuk nak balik awal takut tak sempat sampai rumah nak berbuka puasa, tapi yang penganut agama lain boleh tahan jugak kalutnya. Orang nak capat dia pun nak cepat. Menguji tahap kesabaran betul kan.

Tapi apa yang paling Gomez kecewa bila dekat restoran atau kedai makan.. Orang kalut nak berbuka masa tu jugak la dorang nak datang makan. Bukan tak suka tapi apa salahnya kalau datang lepas sikit je umat Islam buka puasa.

Iyer la kadang tu tukang masak terpaksa buat dekat dorang dulu iyela dah ikut turn kan. Ada yang sampai dah berbuka tapi makanan tak sampai lagi sebab yang bukan Islam pulak yang ramai dok tolong buka puasa haha!

Kadang tu terpaksa datang awal sebab nak bagi dapat turn awal, lepas tu pakat dok lawan tengok lauk atas meja haha! Kalau mai lambat satgi kena queue dengan geng tu pulak. –TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2