Bakal tanggung akibat, Nazmi akui kesilapan

Embedded image permalinkPEMAIN tengah skuad Sukan SEA negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor (gambar) mengakui tindakannya sebagai kurang bijak sehingga menyebabkan dia dibuang padang setelah hanya 30 minit beraksi menentang Timor Leste dalam aksi pertama Kumpulan B di Stadium Bishan kelmarin.

“Saya memohon maaf kepada semua termasuk jurulatih dan rakan-rakan kerana menyusahkan seluruh pasukan serta membuatkan mereka terpaksa bekerja keras ekoran kekurangan pemain,” katanya ketika ditemui di Stadium Bukit Gombak, Singapura selepas tamat sesi latihan petang semalam.

BACA : VIDEO Skuad Kim Swee Menang Tipis, Nazmi Dibuang Padang

Pada perlawanan tersebut, Nazmi dilayangkan kad merah oleh pengadil, Foo Chuan Hoi dari Singapura kerana didakwa meludah pemain Timor Leste, Felipe Oliviera.

Mengulas insiden itu, Nazmi mendakwa, dia dan Oliviera berada dalam situasi bola 50-50 dan pemain tersebut menggunakan siku selain cuba menumbuknya.

“Benda tu (meludah) berlaku secara spontan dan tidak mengenai dia (Oliviera). Kalau betul-betul mahu melakukannya sudah pasti saya akan meludah ke mukanya tetapi tindakan saya itu dilihat oleh pengadil keempat,” katanya yang bersedia menerima apa jua hukuman.

“Saya memohon maaf kepada semua termasuk jurulatih dan rakan sepasukan yang lain kerana menyusahkan seluruh pasukan serta membuatkan mereka terpaksa bekerja keras ekoran kekurangan pemain.

“Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada mereka (rakan sepasukan) kerana berjaya mempertahankan gol yang diperoleh untuk membolehkan kita mengutip mata penuh pada perlawanan pertama,” katanya ketika ditemui di Stadium Bukit Gombak dekat sini selepas tamat sesi latihan semalam.

Tambahnya, dia tidak akan berputus asa sekalipun jika jurulatih, Datuk Ong Kim Swee membuat keputusan mengarahkannya meninggalkan skuad tersebut dan menghantarnya pulang ke Kuala Lumpur.

Sementara itu Datuk Ong Kim Swee tidak akan teragak-agak untuk menghantar pemain tengah, Muhd. Nazmi Faiz Mansor pulang lebih awal sekiranya dia digantung le­bih daripada dua perlawanan.

Kim Swee mengakui, beliau amat kecewa de­ngan sikap Nazmi yang dianggap tidak profesional selepas pemain berusia 21 tahun itu dibuang padang ketika menentang Timor Leste dalam aksi pembukaan Sukan SEA kelmarin akibat meludah pemain lawan, Filipe ­Oliveira.

Kata Kim Swee, semua kini terpulang kepada keputusan Jawatankuasa Disiplin Konfe­derasi Bola Sepak Asia (AFC) sama ada mahu mengenakan hukuman tambahan kepada Nazmi.

“Jika benar dia melakukan kesalahan seperti mana diperkatakan serta digantung lebih daripada minimum dua perlawanan (hukuman tambahan), saya akan menyuruh dia pulang kerana sudah tentu dia tidak dapat membantu kita di sini.

ep2p-2