AWAS!! Parasit di kanta lekap yang perlu diketahui.

Kanta lekap ni memang mencantikkan mata kalau korang pakai. Tapi ingat ada keburukkan kalau tak jaga betul-betul mata korang boleh buta.

Ada big eyes la dan paling laris tu kanta lekap berwarna yang menarik perhatian ramai untuk pakai. Orang melayu tulen ni kebanyakkan mempunyai mata warna hitam.. Lain la orang barat yang macam-macam warna mata diorang.

Jessica Greaney yang berumur 18 tahun ni hampir buta tau sebab kanta lekap dia pakai tu tercemar. Mata terkena jangkitan parasit dan makan kornea nata dia. Parasit tu dikenali Acanthamoeba Keratitis hidup dalam mata Jessica. Huhhhuhhu.

“Cukup seminggu, mata saya bengkak dan kelihatan seperti bola golf merah yang sangat besar. Ia sangat sakit dan saya dimasukkan hospital.” Kata Jessica.

Nak pakai tu tak salah tapi beli yang ori punya jangan main beli saja. Lepas tu dapatkan nasihat dari pakar. Ya lah kann.., takut kesan macam Jessica. Kalau yang dah pakai tu, please la jaga kebersihan kanta lekap korang ye… MissHana/Utaranews.com

ep2p-2