Asus Zenfone Selfie Dilancarkan – Dwi Kamera 13 Megapixel Dan Pemproses Snapdragon 615

ASUS-ZenFone-Selfie

Acara Zensation sedang berlangsung di Computer 2015 dan hari ini Asus memperlihatkan peranti terkini mereka Asus Zenfone Selfie. Dari nama ini anda pasti boleh meneka ia sebuah peranti yang direka khas untuk peminat selfie. Ia mempunyai skrin 5.5″ IPS LCD FHD dan pemproses Qualcomm Snapdragon 615. Kemampuan optik pula ialah kamera depan dan belakang 13 Megapixel. Sokongan flash berganda juga wujud pada bahagian depan serta belakang. Teknologi pemfokusan laser juga turut disokong pada peranti ini.Terdapat lima pilihan warna untuk peranti ini. Paling menarik ialah aksesori Zenfone Selfie Swing yang merupakan kayu selfie terbina yang boleh disimpan pada tubuh Zenfone Selfie Swig.

Zenfprn Selfie 9 Zenfprn Selfie 7 Zenfprn Selfie 4

ep2p-2