Artis wanita melayu bangga minum arak dengan kekasih.

Haish.. dah makin menjadi-jadi pulak Miss A tengok artis wanita ni, dia ni memang dah beberapa kali dengan selambanya dok tegur arak kat tempat awam.. Kalau bukan islam tu Miss A memang tak kisah pun nak minum air kencing setan tu..

Masalahnya ko tu orang islam, dalam islam terang-terang melarang kita  minum air tu.. Dah la tu minum, tak reti nak cover line.. Nak tunjuk satu dunia agaknya dia dok minum air arak tu.. Ingatkan dah insaf..

Rupa-rupanya masih sama ja, terbaru ada orang jumpa artis wanita ni dok minum air haram tu waktu petang kat sebuah restoren dan bar bersama pakwe dia yang bukan Muslim..

Minum air haram tu kat bar, petang-petang boleh pulak dia duduk kat luar restoren.. Agaknya memang dia nak bagi semua orang tahu yang dia ni dok minum air arak kot.. Bangga dapat tayang kat orang lain, dia beragama Islam boleh minum air haram tu..

Sepatutnya sebagai public figure jangan la dok tunjukkan benda yang tak baik pada orang.. Dah kalau nak buat jahat sangat, boleh kot buat secara sembunyi.. Bukan nak galakkan buat jahat, tapi dah sampai tak ada rasa malu dok minum air tu pelik jugak..

Makin nak dekat umat Islam menyambut Ramadhan, banyakkan lah lakukan amalan yang baik.. Ini tidak, makin nak dekat makin teruk pulak perangai di tunjukkan pada orang.. Macam-macam hal betul artis wanita sorang ni.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small