Afiq Muiz Enggan Jaja Kisah Peribadi

Advertisement

Belajar daripada pengalaman lalu, aktor Afiq Muiz enggan terlalu mendedahkan kisah peribadinya kepada umum. Pelakon Afiq Muiz yang dahulu pernah dikaitkan dengan pelakon Miera Liyana akui dia kini sedang mengenali hati budi Miera.

“Saya dan Miera sekarang masih berkawan dan pada masa yang sama sedang kenal hati budi masing-masing.

Afiq bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai hubungan mereka bimbang akan menimbulkan masalah di kelak hari.

“Setakat ini itu sahaja yang boleh saya kongsikan. Kalau nak cerita lebih-lebih pun tak guna sebab belum tahu apa akan jadi pada masa depan.

“Secara jujurnya saya memang tidak selesa bercerita mengenai peribadi takut akan timbulkan masalah,” jelasnya.

Artikel sebelum:- Afiq Muiz Temui Pengganti?

Afiq Muiz Enggan Jaja Kisah Peribadi

Afiq Muiz dalam pada itu memaklumkan pengalaman yang dilalui sebelum ini sudah cukup memberinya pengajaran untuk lebih berhati-hati dalam setiap tindakan yang dilakukan. Tambahnya lagi, dalam usianya yang masih muda, kerjaya dan keluarga diletakkan sebagai perkara utama buat dirinya.

“Apa yang saya lalui sebelum ini sudah cukup beri pengajaran kepada saya. Lagi pun saya masih muda dan banyak lagi perkara yang perlu saya kejar.

“Tapi kalau ditanya sama ada sudah bersedia, memang saya sudah bersedia cuma masanya masih belum tiba lagi,” katanya.

Dalam perkembangan terbaru, Afiq Muiz kini sedang sibuk menjalani drama telenovela, Memori Cinta Suraya bersama barisan pelakon seperti Hisham Hamid, Miera Liyana, Marisa Yasmin dan ramai lagi.

6 total views, 6 views today

ep2p-5small