Adun DAP kuat fitnah harus disiasat.

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Ng Wei Aik bakal disiasat pihak berkuasa berikutan menuduh UMNO terbabit dalam beberapa insiden vandalisme di sekitar bangunan-bangunan DAP di Pulau Pinang.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang, Rafizal Abd Rahim berkata, pihaknya membuat laporan tersebut bagi menggesa pihak polis supaya menjalankan siasatan berhubung tuduhan yang tidak bertanggungkjawab itu.

“Ini satu tuduhan yang cukup berat,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Timur Laut, di George Town semalam.

Menyentuh tentang struktur logo tulisan Umno yang cuba dirobohkan oleh penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Jumaat lepas, Rafizal berkata, UMNO sebenarnya telah mencapai persetujuan dengan MBPP pada Jumaat pagi untuk memohon permit pada Isnin lepas.

“Mereka datang dan cuba meroboh struktur tulisan Umno ini pada tengah hari Jumaat, adalah tidak adil mengatakan Umno tidak mengikut peraturan,” katanya.

Oleh itu, beliau menyeru pihak MBPP agar tidak menurunkan struktur logo tersebut sehingga Umno mendapat permit untuk logo berkenan di bangunan Menara Umno di Jalan Macalister dekat George Town.

Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang menyelar tindakan pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang bertindak merobohkan struktur logo Umno di Menara Umno Negeri di Jalan Macalister pada Jumaat lalu sambil menyifatkan tindakan MBPP itu sebagai tidak mengikut prosedur dan dibuat secara tergesa-gesa. – UtaraNews.com

ep2p-5small