Adik Najib Razak Rancang Bentuk Parti Politik yang Baru – Suara SeMaSa (SMS)

adik najib

Adik kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Nazir Abdul Razak telah memulakan inisiatif bagi membentuk satu parti politik baharu yang bukan partisan dan boleh diterima oleh semua kaum, lapor Malaysiakini memetik laporan Asia Sentinel.

Laporan tersebut juga mengatakan, parti baru itu bertujuan untuk menamatkan politik perkauman dan melakar semula landskap politik negara.

Nazir, yang juga Pengerusi Bank CIMB dikatakan telah bertemu dengan bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifuddin Abdullah, antara pemimpin UMNO yang berfikiran liberal, bagi tujuan membentuk parti baru.

“Rakan-rakan Nazir telah menasihati beliau supaya menjadi penggerak utama, atau ia tidak akan berhasil.

“Saifuddin, walaupun dihormati sebagai seorang sederhana, tetap tidak mempunyai pengaruh yang meluas untuk menarik sokongan,” kata laporan itu.

Laporan dari Asia Sentinal ini muncul setelah PKR dilihat semakin rapuh dan hubungan antara PAS dan UMNO semakin selesa.

“Senario itu boleh menyebabkan golongan moderat dan kaum minoriti lain yang kini bersama Umno, iaitu MCA dan MIC, mencari wadah politik yang lebih berdaya maju,” kata laporan itu.

327 total views, 327 views today

Comments

comments

ep2p-5small